The best PART of us!

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, June 4, 2011

DOA di hati & berharap ia hadir ..

Bingkisan Doa

SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA,
TAK SEMESTINYA MANUSIA CINTA KEPADA KITA,
TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH,
NESCAYA CINTA ALLAH TIADA PENGHUJUNGNYA.
SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA,
KITA AKAN CEMBURU KEPADA ORANG YANG MENCINTAI
ORANG YANG KITA CINTAI,
TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH,
KITA AKAN TURUT MENCINTAI
ORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA KEPADA ALLAH JUGA.

YA ALLAH,
ANDAINYA DIA ADALAH JODOH YANG DITETAPKAN
OLEH-MU KEPADAKU,
MAKA CAMPAKKANLAH DALAM HATIKU CINTA KEPADANYA ADALAH
KERANA-MU,
DAN CAMPAKKANLAH DALAM HATINYA,
CINTA KEPADAKU ADALAH KERANA-MU.

NAMUN,
ANDAINYA DIA BUKANLAH JODOH YANG DITETAPKAN OLEH-MU KEPADAKU,
BERIKANLAH KU KEKUATAN AGAR PASRAH DALAM MENGHARUNGI UJIAN,
YANG KAU BERIKAN KEPADAKU.

YA ALLAH,
JIKA AKU JATUH CINTA,
CINTAKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA PADA-MU, AGAR BERTAMBAH KEKUATANKU UNTUK MENCINTAI-MU.

YA MUHAIMIN,
JIKA AKU JATUH CINTA,
JAGALAH CINTAKU PADANYA AGAR TIDAK MELEBIHI CINTAKU PADA-MU.

YA RABBANA,
JIKA AKU JATUH HATI,
JAGALAH HATIKU PADANYA AGAR TIDAK BERPALING PADA-MU.

YA RABBUL IZZATI,
JIKA AKU RINDU,
RINDUKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MERINDUI SYAHID DI JALAN-MU.

YA ALLAH,
JIKA AKU RINDU,
JAGALAH RINDUKU PADANYA AGAR TIDAK LALAI AKU MERINDUI SYURGA-MU.

YA ALLAH,
JIKA AKU MENIKMATI CINTA KEKASIH-MU,
JANGANLAH KENIKMATAN ITU MELEBIHI KENIKMATAN INDAHNYA BERMUNAJAT DI SEPERTIGA MALAM TERAKHIR-MU

YA ALLAH,
JIKA AKU JATUH HATI PADA KEKASIH-MU,
JANGANLAH BIARKAN AKU TERTATIH DAN TERJATUH DALAM PERJALANAN PANJANG MENYERU MANUSIA KEPADA-MU.

YA ALLAH,
JIKA KAU HALALKAN AKU MERINDUI KEKASIH-MU,
JANGAN BIARKAN AKU MELAMPAUI BATAS SEHINGGA MELUPAKAN AKU PADA CINTA HAKIKI DAN RINDU ABADI HANYA KEPADA-MU.

Mati hanya sekali jadikannya pada jalan Allah,

Wednesday, June 1, 2011

Cabaran dan Saingan akan datang.

Assalamualaikum & apa khabar semua? hope sihat sejahtera hendaknya. 
First of all, lama dah kan saya tak updates blog since dah practical kat Lembaga Getah tu. Hishh , macam-macam pengalaman , rahsia dan perkara yang saya dah lihat serta dengar.

hehehe. kalau korang nak tau , saya punya task yang pertama telah disepurnakan dengan jayanya oleh saya .. hehehe. ala , pegi Karangkraf je pun.. tapi satisfied gak lah sebab semua staff pegi an dan mendapat kerjasama yang sangat memberangsangkan.

cuma sekarang nie , di penghujung praktikal agak kecewa la .. sebabnya , baru ingat nak apply keje tapi kan dapat lak berita yang kerajaan nak kurangkan pekerja .. dan semua jawatan dibekukan . sangatlah sakit hati rasanya. habis kalau semua jawatan kerajaan nak bekukan , macam mana plak kami nie yang bergelar graduan ..  nak suro buat apa plak? nie ar yang akan mengakibatkan penggangguran yang terlalu banyak di malaysia. memanglah boleh diharapkan swasta tapi yang nak sampai dibekukan jawatan kosong kerajaan tu.. apa pasal? :(

dah ar plak tu, menyusahkan plak. kalau dah taknak suro orang keje .. longgarkan lah syarat masuk U tu.. tak support je hidup pengganggur kat malaysia nie.. dah tau tu , yang ajak pekerja luar keje kat malaysia .. apasal !! u pun takde keje ar tu.. hmm.

yang bestnye , nak panjangkan perkhidmatan yang bakal bersara tu.. dah kenapa?? patutnya , dorang dah patut bersara lah.. pada umur 50 tahun okayy ! tapi bagi ar gaji pencen banyak sikit dan bagi orang muda peluang untuk menceburi bidang dalam sektor awam.. 

haaa.. sekarang nie, option dia sambung lah balik belajar okayy !! nak sambung pun banyak prosedur dia .. payah je rasanya. apa pun kena usaha lebih dan willing to do .. hope everything going well okayy ! wish me luck ppl..

Sunday, March 27, 2011

kalau ada , adalah .. kalau takde, nak cakap apa lagi ?

Biasalah adat hidup di dunia nie kan. Masing-masing banyak choice masing-masing .. kadang ada yang fikir pasal hati dan perasaan dan kadang langsung tak.

Susah nak puaskan hati orang nie , kita buat bagai nak rak .. tapi orang tak hargai , tue pun sakit hati gak kalau kena an . Sabar dengan setiap tindak-tanduk seseorang .. tapi sampai bila kalau diri seseorang tue yang mencabar kesabaran seseorsng . Kita manusia , sabar ada had .. sampai masa , sabar tue rebah menyembah bumi dan kita juga akan putus asa.

Apa perasaan korang andai kita cuba menyoal sesuatu dengan harapan dapat jawapan yang kita harapkan tapi JAWAPAN YANG KITA DAPAT AMATLAH SAKIT HATI ?? itulah lumrah kehidupan .. Kita selalu berharap yang indah-indah tapi kalau semuanya indah .. hidup ini mungkin suram agaknya. Percaya kepada qada dan qadar allah itu lebih penting :)  

Andai ada jodoh , apa yang kita harapkan mungkin tercapai .. kalau x , itulah namanya kehidupan . " kalau sayang , kita kena tinggalkan " itulah yang selalu aku dengar tapi cakap lebih senang dari melakukan sebab bukan senang untuk melakukan .. ini akan melibatkan hati dan perasaan yang mungkin akan mengecewakan .

Dan benda yang sepatutnya korang tak tahu .. but at the end of the day , korang tahu ?? Allah maha adil , andai kita ikhlas dalam perhubungan .. apa yang kita tak tahu , kita akan tahu .. itulah petunjuk dari allah .. persoalan yang hadir dalam ruang fikiran akan terjawab 1 per satu andai kita sabar dalam setiap apa yang kita lakukan dan berdoalah kepada allah agar diberi petunjuk .

Mana ada orang nak kawin untuk seminggu ?? 2 minggu ?? takde okayy !! tapi itulah yang kita katakan berdoa dan cuba buat yang terbaik .. andai kita ikhlas , insyallah tuhan akan tunjuk jalan .

Benda yang pedih or sakit biar kita tahu sebelum kenal seseorang .. itu lagi bagus dari kita tahu dikemudian hari ..











    


Sunday, March 13, 2011

Love Love Love





*To My Friends Who Are…MARRIED
Love is not about “it’s your fault”,
but “I’m sorry”, not “where are you’
but “I’m right here”, not “how could
you” but “I understand”, not “I wish
you were”, but “I’m thankful you are.”

*To My Friends Who Are…ENGAGED
The true measure of compatibility is
not the years spent together but how
good you are for each other.

*To My Friends Who Are…NOT SO SINGLE
Love isn’t about becoming somebody
else’s “perfect person.” It’s about
finding someone who helps you become
the best person you can be.

*To My Friends Who Are…HEARTBROKEN
Heartbreaks last as long as you want
and cut deep as you allow them to go.
The challenge is not how to survive
heartbreaks but to learn from them.

*To My Friends Who Are…NAIVE
H ow to be in love: Fall but don’t
stumble, be consistent but not too
persistent, share and never be unfair,
understand and try not to demand, and
get hurt but never keep the pain.

*To My Friends Who Are…SEARCHING
True love cannot be found where it
does not truly exist, nor can it be
hidden where it truly does. Love is
magic. The more we hide it, the more
it shows; the more you suppress it,
the more it grows.

*To My Friends Who Are…PLAYBOY /GIRL TYPE
*Never say I love if you don’t care.
Never talk about feelings if they
aren’t there. Never touch a life if
you mean to break a heart. Never look
in the eye when what you do is lie.
The cruelest thing a guy can do to a
girl is to let her fall in love when
he doesn’t intend to catch her fall.

*To My Friends Who Are…POSSESSIVE
It breaks your heart to see the one
you love happy with someone else but
it’s more painful to know that the one
you love is unhappy with you.

*To My Friends Who Are…AFRAID TO CONFESS
Love hurts when you break up with
someone. It hurts even more when
someone breaks up with you. But love
hurts the most when the person you
love has no idea how you feel.

*To My Friends Who Are…STILL HOLDING ON
A sad thing about life is that when
you meet someone who means a lot to
you, only to find out in the end that
it was never bound to be and we just
have to let go.

*To My Friends Who Are…SINGLE
Love is like a butterfly. The more you
chase it, the more it eludes you. But
if you just let it fly, it would come
to you when you least expect it. Love
can make you happy but often times it
hurts, but love’s only special when
you give it to someone who is worth
it. So take your time and choose the
best!

*Three things never return:*
the past, the neglected opportunity,
*and the spoken word.. *

Iktibar GEMPA BUMI DI JEPUN.

Well, semua orang dah tau pasal gempa bumi kat jepun tue kan? tsunami tue kan? kat situ kita boleh jadikan panduan dan iktibar. Jangan terlampau mengejar arus pembangunan, sampai lupa tanggungjawab kita sebagai manusia di muka bumi allah ini. Bila bumi mula bersuara .. macam-macam kemungkinan boleh jadi.

ucapan takziah untuk semua penduduk di Jepun .. :(
Tapi bagaimana kita kat malaysia nie? negara aman dan damai. bebas bersuara. saya sangat bersyukur  walaupun malaysia ada banjir tapi tak sehebat apa yang timpa kepada mereka di jepun. teringat tsunami kt acheh, malaysia terkena jugak tapi tak terjejas sangat .. bersyukur pada allah yang masih memberi malaysia aman, damai dan makmur.

BERSYUKURLAH KITA .. BERUNTUNGLAH KITA .. BERTERIMA KASIH LAH KITA .. kerana pagi ini, kita bangun .. kita boleh pergi kerja, sekolah, shopping dan membuat aktiviti yang kita suka tanpa ada yang halang.. Semoga allah menjauhi malaysia dari segala bala bencana, amin.

THIS IS THE REASON WHY ..



Hari ini saya bangga sebab menjadi anak kepada HAJAH GINDARI BT LAHOM DAN HAJI MOHD NOH BIN MUHAMAD. Saya bangga sebab telah dilahirkan dalam sebuah keluarga yang ramai dan sangat kecoh okayy ! no matter what, mereka tetap NO 1 dalam dunia ini .. even, masing-masing diantara kami sibuk tapi itu semua bukan alasan kami tetap bersama. Saya ada abang-abang yang sangat mengambil berat, selalu bagi duit pocket .. hehehe. biasalah, saya yang pow! terima kasih abang .. jasamu tetap dikenang. kakak-kakak yang tak kurang berjasa dan adik yang pandai .. huh! best sangat . Memori masa kerjakan umrah sama-sama tak boleh saya lupakan. FROM KL TO DHAKA TO JEDDAH TO MEKAH .. long journey tapi mengeratkan lagi silaturrahim antara kami adik beradik. Mereka adalah family SUPERB saya.



 Ayah saya seorang yang garang tapi garang seorang ayah dalam mendidik anak-anak nya untuk menjadi seorang manusia yang berjaya .. sekarang semua berjaya sebab garang ayah saya lah kan :) tapi dalam garang-garang ayah saya pun .. dia sangat kelakar okayy. Dan ayah selalu bagi pesanan dekat saya, sampai hari ini .. pesanan tu lekat di hati dan bawak sampai sekarang tau. Antara pesanan ayahanda saya ialah : " hidup nie, jangan terlampau berkawan sangat .. nak kawan boleh tapi pilih yang elok ", " kalau nak cari seseorang teman dalam hidup biarlah yang mampu jaga kita didunia dan diakhirat kelak , ayah taknak orang sakitkan hati anak ayah" , " orang berbudi, kita berbahasa" & " bila dah berjaya, jangan lupa jasa orang-orang yang telah membantu saya" terharu kan? itulah ayah saya. Orang yang berketurunan johor dan berdarah bugis nie. sangat tegas dalam mendidik anak-anak dia. teringat melihat wajah dia bila dia masuk hospital .. sangat sedih ! takde dia .. rumah sunyi dan sepi je. tak kisah lah apa orang nak cakap pun .. yang penting ayah saya tetap TERBAIK!! dialah hero saya .. ayah penah marah sebab saya nakal tapi memang saya nakal .. tue yang kena marah . hehehe. Yang paling best kan, jangan cakap takde depan dia .. mesti dia akan beli ! walau susah mana pun nak dapat, ayah tetap akan beli .. setiap keinginan anak-anak dia .. mesti dia akan penuhi . sedih ohhh... kita nie suka mintak, mintak dan mintak .. tapi yang cuba dapatkan nie ... hmmm. Walau macam mana sekalipun ... AYAH TETAP HEBAT DI HATI SAYA.


Finally, my mother .. THE BEST MOTHER IN THIS WORLD!! mama saya penyabar orangnya tapi diam-diam dia .. saya tak suka tengok dia buat kerja berat-berat cuma kadang-kadang .. malas nak dengar dia bebel je... hehehehe. tapi sekarang lah nak dengar bebelan mama kan? kalau dia tak bebel, sapa lagi yang nak bebel kan. dia selalu pesan macam-macam kat saya.  memanglah mak kan, takde mak yang nak lihat anak dia susah .. sengsara dan macam-macam lagi lah 1001 rasa emak nie kan. Eh! tapi saya panggil mama. sebab saya rasa dia HOT .. so, mama. hehehe. Sampai ke hari nie, semua pesanan mama ada je terngiang-ngiang kat telinga nie .. macam dah jadi lagu kat telinga nie .. yang paling best nya " BIAR KITA TAK LAWA TAPI BUDI BAHASA" hehehe. memang saya tak lawa pun , saya bersyukur apa yang ada .. yang ada nie jela yang patut saya puji .. syukur saya dilahirkan cukup sifat, sedap mata memandang dan sedap nama diberi. mama saya sangat teliti orang nya. kalau dia tak suka, on the spot, dia akan kritik tapi kritik dia membuatkan saya tahu apa kelemahan yang saya ada .. biasalah, mama nak anak-anak dia berdiri di kaki sendiri dalam dunia yang penuh pancaroba nie. Selalu dia pesan macam-macam.. dan setiap apa yang dipesan itu .. saya akan jadi pedoman dalam hidup, insyallah.


SAYA SAYANG MAMA DAN AYAH ! kalau takde dorang, takde lah dini kat dunia nie. nakal macam mana pun dini, dorang tetap didik tanpa penat dan lelah. bersusah payah cari rezeki untuk membesarkan kami. memberi kami kesenangan hidup yang kami sangat bersyukur dengan keselesaannmya .. dan tanpa mereka saya mungkin tak ada blog nie!! hehehe.









Thursday, March 10, 2011

Antara Belajar dan Kerjaya

Antara belajar dan kerjaya?
actually belum fikir pun nak choose yang mana. Kalau nak belajar, kenalah survey Uni mana yang ada tawarkan course yang saya ambik. office management & secretaryship?? emm, insyallah .. mesti dapat punya. 
Sebelum nak masuk bidang kerja, dah kena practical dulu .. sebelum nie kusut sebab tak dapat tempat practical lagi .. and now, bila dah dapat .. syukur, alhamdulillah. Lembaga Getah Malaysia telah menerima saya untuk practical kat tempat dorang .. alhamdulillah. gembira sangat, takdelah kusut kepala dan susah hati lagi. Actually, Lembaga getah takdelah jauh sangat dari rumah .. tue yang bersyukur sangat bila dah dapat kat situ. So, lepas nie jangan terperanjat lah kalau saya dah pandai toreh getah ye !! toreh getah takpe .. jangan toreh benda lain lak .. no no no !



For your information, Lembaga getah depan Klcc tue haa .. actually baru dapat tau dari my dad gak .. ingatkan kat bangunan lama tue. SURAM JE! lain macam teman rasanya. hehehee. 

After practical nie, tak tahu lah nak pegi mana .. sebelum nie ada gak dapat offer job dekat UNI STRATEGIC SDN.BHD and dia tawarkan full time position ... as MARKETING DATA RESEARCHER. Office dia terletak dekat UBN TOWER JLN P.RAMLEE tue.. Tapi after ambik kira pandangan orang lain .. i decide, dont go.



Why? it's marketing kot ! marketing is sucks .. bak kata lecture i. hehehe, Takpe, saya percaya .. rezeki ada kat mana-mana je .. yang penting usaha.

Cakap pasal usaha .. I want to share something. Memang smeua benda telah ditetapkan oleh allah .. tapi kita sebgai manusia kenalah berusaha jugak .. Allah tidak akan mengubah nasib seseorang jika dia tidak berusaha, berdoa dan bertawakal. macam apa yang selalu dikatakan oleh ayah saya. Okayy, enough. Back to the point, kerja atau belajar? 

Tapi rasanya dah decide kott, nak kerja sambil belajar macam kakak saya buat sekarang. Insyallah, ada rezeki tak kemana pun. Okayy lah kan? weekdays pegi kerja.. then weekends pegi belajar .. so, tak ganggu apa-apa pun. Just wait and see jela nanti .. kita mampu merancang je kan .. takut pulak if apa yang planning tak jadi .. so, tengok je macam mana nanti. 

2011? ada apa dengan 2011.. macam-macam cite dengar tapi okayy lah kan. benda bagus, yang penting mereka happy. saya pun happy! hehehe. tak mau fikir sangat, fikir apa yang saya impikan dulu, baru cite yang lain.